Bertepatan dengan tajuk, entri saya hari ini ber-font-kan warna rasmi DYMM Sultan Johor - Royal Blue.
Okeh, so bila sebut tentang JOHOR, setiap anak jati mesti berbangga dengan keturunan, asal usul, cara hidup, dan yang sama waktu dengannya. Saya tidak terkecuali. Tanyalah mana-mana sahabat handai Ezeanty, mereka pasti tahu semangat Johor saya memang menebal. Dari kecik, smpai sekarang, saya tak pernah pindah keluar dari Johor. Dari kecik, sampai sekarang, x pernah saya kata negeri lain lagi best dari Johor. Tak kesah la negeri lain ada apa sekali pun - KLCC, KL Tower, A Famosa, Menara Taming Sari, Masjid kristal, Taman Negara, Jambatan Pulau Pinang - saya tetap akan kata Johor terbaik. Tak kesah la Johor tak ada Famous Amos, Butik LV, Butik Coach, Tony Roma's, Chilli's atau tempat ice-skating - saya tetap akan cakap Johor best. Barang siapa kutuk Johor, boleh mendatangkan amarah dalam diri saya.
Maka, pada satu petang yang hening, sebelum tiba waktu berbuka, abah telah mengajak saya dan ibu pergi ke kilang tile (jubin lantai). Apakan daya, belum sempat saya dan ibu sampai ke destinasi, abah call cakap kilang dah tutup. Dengan perasaan paling best, saya dan ibu membuat pusingan U. Tak pasal-pasal kami terpaksa menghadap jalan yang paling dibenci oleh semua umat Johor Bahru tatkala balik kerja - Highway Pasir Gudang. Jalan ni kalau jem memang hebat, tak kesah la hari apa pun. Jam menunjukkan pukul 5.10 pm. Oleh itu,,
Ibu : Adik, nak buka mana hari ni?
Saya : Ntah, ikut ibu la.. Mane2 pon bole..
Ibu : Kita pergi Angsana lah.. Hari ni Tunku Yem (nama timangan Sultan Johor di kalangan rakyat jelata, Tunku Ibrahim) datang. Boleh kita tengok. Bukan senang nak tengok Raja..
Saya : Boleh masuk lagi ke? Dah lambat nii..
Ibu : (Dengan Yakin..) Bole.. Tunku Yem nak jumpe rakyat. Xkan Angsana tak nak bagi rakyat masuk pulak..
Saya : Okeyy..
Berbekalkan keyakinan ibu, saya pun memandu menuju Plaza Angsana, tanpa rasa ragu... Tapi, keyakinan sahaja tak mencukupi nak meredah lautan kereta. Parking Angsana SEMUA DH TUTUP!! Orang yang paling stress sekali adelah ibu saya.. Habes semua abang-abang polis kena mara ngn ibu, sebab x bagi Viego masuk.. Hehe.. Pada hari ini, segala senyuman dan kenyitan mata perempuan abang polis takkan layan.. Huhu
Dipendekkan cerita, saya ada idea kreatif untuk cari parking.. Sangat kreatif, sehinggakan saya tak perlu berebut dengan orang lain untuk letak Viego. And best of all - parking yang ini LAGI DEKAT compare dengan parking kat padang sebelah Bazar Angsana tu.. (Tapak parking tak bole dinyatakan di sini, dikhuatiri saya pula yang tak dapat parking di masa hadapan nanti. Huhu).
Setelah puas hati dapat parking paling dekat, kami pon masuk la Angsana! Nak tengok Tunku Yem nih.. :)) Raaamaaiiiiiii gileee orang.. Abg polis and abang bodyguard jangan cerita la.. Tapi diorang cool.. Tidak langsung menunjukkan sifat 'Aku Bagus'. Muka mereka walaupun tak senyum, tapi takdela macam nak belasah orang.. Hehe Bagus.. Sifat terpuji ni..
Mari kita lihat beberapa gambar yang saya sempat ambil, selepas berusaha dengan gigih.





Walaupun ketinggian saya tak berapa mencukupi, tapi saya happy saya dapat snap beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan. And walaupun saya tak menepati dress code (sepatutnya kena pakai baju kurung and baju melayu), tapi Tuanku tetap cool hulur tangan kat saya untuk saya salam!! Terkejut saya. Baginda memang berjiwa rakyat.. And tangan Tuanku wangiiiii~~~ Saya suka!! hahaha.. Serious, saya eksaited sangat.. Saya rasa kalau saya jumpa Michael Jackson pun belum tentu saya happy sampai sebegini rupa!
Sebagai kesimpulan, Saya chenta Sultan saya!! *Love* *Love*
No comments:
Post a Comment